Monday, November 28, 2022

Kerajaan Sarawak pohon Sungai Tujuh dan Lapangan Terbang Miri tempat keluarkan visa ke Sarawak – Abang Jo

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak sedang memohon kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menggazetkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sungai Tujuh, Miri dan Lapangan Terbang Miri sebagai pusat pengeluaran visa ke negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, ini penting bagi mempermudah kedatangan para pelancong dan pengunjung, terutamanya dari negara China ke Sarawak.

“Saya telah menulis kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara ini dan mungkin akan mendapat jawapan dalam sebulan dua ini,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan pakej
“Percutian 101 Sarawak” di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Pakej 101 aktiviti pelancongan itu dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Inbaun Malaysia (MITA) Cawangan Sarawak dan dijangka dapat melonjakkan industri pelancongan eko di negeri ini.

Turut diadakan Rangkaian Perniagaan MITA Sarawak, yang berbentuk ‘pemadanan perniagaan’ yang membabitkan 70 pembeli dari luar negara.

Antara pembeli ini termasuk dari Singapura, Vietnam, Kemboja, Thailand, Jordan, Filipina dan Semenanjung Malaysia.

Jelas Timbalan Ketua Menteri lagi, dengan adanya proses pengeluaran visa di pintu masuk utara Sarawak itu, aktiviti pelancongan di negeri ini dijangka akan bertambah rancak.

“Ini kerana ia akan mempermudah para pengunjung dari negara China datang ke negeri ini, sekali gus melonjakkan industri pelancongan di kawasan Miri, Limbang, Lawas dan Baram.

“Mereka boleh berkunjung ke Sarawak melalui Bandar Seri Begawan di Brunei Darussalam, yang turut mensasarkan Hong Kong dan Shanghai sebagai hab pasarannya.

Kata Abang Johari, pada masa yang sama, kementeriannya turut menjalin hubungan baik dengan Silk Air dan Singapore Airlines dari Singapura dan Royal Brunei Airlines untik mempromosikan negeri ini sebagai sasaran pelancong.

“Apabila mereka singgah di Brunei, mereka juga akan berkunjung ke Miri, yang hanya dua jam perjalanan darat.

” an apabila Lebuh Raya Pan Borneo siap kelak, mereka boleh terus bergerak hingga ke Kuching dalam masa yang singkat,” katanya lagi.

Selain mempromosi secara kontemporari, Abang Johari turut mencadangkan pengurusan MITA untuk mewujudkan aplikasi dalam talian, untuk memudahkan para pengunjung mengetahui tentang pakej pelancongan yang ditawarkan Sarawak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru