Harden gesa penduduk Sri Aman setia sokong BN

0
6

SRI AMAN: Terus menyokong BN pada PRU akan datang demi kepentingan pembangunan yang bakal memberi masa depan lebih baik terhadap anak cucu.

Menteri Muda Pembangunan Ekonomi Luar Bandar dan Peladangan, Datuk Francis Harden Hollis berkata, “Sri Aman pesat membangun di bawah BN selama ini.

francis-harden-hollis“Bukti pembangunan di kawasan ini jelas di depan mata rakyat hasil kepercayaan mereka terhadap BN.”

Berucap pada Majlis Kesyukuran Kemenangan BN di Rumah Bandi, Sebangki, Ulu Undop, Harden berharap rakyat DUN Simanggang tidak berpaling tadah hanya disebabkan sogokan wang oleh pembangkang.

“Saya berharap rakyat tahu membezakan kaca dan permata pada PRU akan datang. Jangan gadai sogokan wang oleh parti lawan yang hanya muncul menjelang pilihan raya di negeri ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Simanggang itu.

Sogokan wang kata Harden tidak dapat menandingi peruntukan pembangunan jutaan ringgit yang dihulurkan oleh kerajaan BN di Sri Aman.

Harden pada majlis tersebut menyerah cek RM25,000 kepada Persatuan Ibu Bapa Sekolah Kebangsaan Paku Ulu Undop bagi membantu pembelian meja dan kerusi.

Cek bernilai RM5,000 lagi diserahkan kepada pihak JKKK Sebangkoi, Ulu Undop. – Sarawakvoice