Bintulu jadi taman bandar menerusi Program Pembangunan Landskap Perbandaran

BINTULU: Selain empat bandar lain di Malaysia, Bintulu Sarawak terpilih untuk dimajukan menjadi taman bandar bertemakan kehijauan menerusi projek perintis program Pembangunan Landskap Perbandaran

Program kendalian Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) ini mengindahkan lagi Bintulu sebagai daya tarikan utama pelancong.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Landskap Negara (JLN), Rotina Mohd Daik berkata, “pembangunan ini akan menjadikan Bintulu Bandar Raya Industri Yang Mesra menjelang 2020 bertemakan taman bandar dan hijau demi memenuhi keperluan penduduk setempat,” katanya.

Selain Bintulu di Sarawak, lima lagi bandar lain yang terpilih untuk projek perintis ini ialah Tawau Sabah, Pekan Pahang, Batu Pahat Johor dan Alor Setar Kedah.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JLN, Rotina Mohd Daik berkata, “menjadi hasrat kami membuat pendekatan melibatkan orang awam dan menerangkan kepada mereka bentuk pembangunan yang dijalankan agar ia dapat digunakan sepenuhnya oleh masyarakat setempat,” jelasnya.

Bercakap pada program Sesi Penyertaan Awam Cadangan Pembangunan Landskap Perbandaran Bintulu di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) pada Rabu, Rotina berkata individu yang mewakili agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan perlu mengambil bahagian sebagai pencetus idea pembangunan landskap bandar Bintulu.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar (Khidmat Alam Sekitar) Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Wan Ibrahim Wan Ali mewakili Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, antara kawasan atau tempat yang strategik dibangunkan ialah Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Dalam ucapannya Wan Ibrahim berkata, selain menuju pembangunan fizikal, kita berusaha membentuk pembangunan minda penduduk demi membasmi gejala vandalisme dan tabiat membuang sampah merata-rata di tempat awam.

“Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit demi pembangunan, namun tiada maknanya sekiranya penduduk tidak mengutamakan kebersihan dan menjaga harta benda awam dengan baik,” katanya.

Melalui Program Pembangunan Landskap Perbandaran, Fasa 1 pembangunan landskap bandar bernilai RM10 juta bermula dengan Pembangunan Taman Festival di Lapangan Terbang Lama Bintulu, Mengindahkan Taman Menara Jam Dewan Undangan Negeri Bintulu dan Menaik Taraf Landskap Jalan Lebur Raya Abang Galau.

Manakala, untuk Fasa 2, dimajukan Boulevard No.1 meliputi projek pembangunan di hadapan Naim Paragon.

Untuk Fasa 3 iaitu projek Boulevard No.2 dibangunkan di tapak pesta tahunan layang-layang. – Sarawakvoice