Monday, November 28, 2022

Kejadian air pasang terburuk di parlimen Kuala Selangor

Secara Rawak

Kejadian air pasang besar ini adalah yang paling buruk sejak 15 tahun yang lalu. Terdapat lebih kurang 40 keluarga yang terjejas dan mengalami kerosakan yang serius terutamanya harta benda dan rumah.

Kejadian ini juga mewujudkan trauma kpd penduduk memandangkan dikatakan akan berlaku lagi 2 lagi air pasang besar dalam tempoh terdekat. Ada di antara penduduk kampung Tambak Jawa menyatakan bahawa ban pecah menyebabkan air laut begitu deras memasuki kawasan rumah mereka.

Golongan nelayan ada mengatakan ribut yang kuat di tengah laut serta angin bertiup kencang menjangkakan akan berlaku air pasang besar ini. Selaku Ahli Parlimen saya amat mengharapkan sumbangan daripada syarikat swasta utk membantu meringgankan beban termasuk daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan juga pejabat kesihatan.

Saya juga amat berharap kerajaan negeri dapat membaikpulih saliran parit yang tersumbat dan ban yang pecah. Ini dikhuatiri akan menyebabkan air terus bertakung sekiranya tidak diambil tindakan segera.

Pihak nelayan tempatan juga menyatakan bahawa ada di antara rumah mereka terjejas akibat kejadian air pasang besar. Pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mewujudkan jawatankuasa bencana dipengerusikan oleh Ketua Pengarah LKIM, Encik M. Saedon Ab.Majid utk mengenalpasti jumlah kerosakan yg terjejas. Bantuan Bencana Alam dan Insurans Nelayan akan diberikan setelah jawatankuasa ini meneliti jumlah terkini nelayan yang terjejas.

Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru