Saturday, December 3, 2022

Abang Jo kesal tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kotor

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg semalam kesal dengan kegagalan kontraktor kebersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching mengekalkan kebersihan tandas-tandasnya.

14322611_1201988636541370_6501742566274790910_nTimbalan Ketua Menteri berkata, beliau sendiri terkejut dengan keadaan tandas yang kotor ketika memasuki tandas awam di lapangan terbang tersebut pada minggu lalu.

“Saya kecewa kerana kebersihan, terutamanya tandas adalah cerminan budaya dan sikap kita. Kebersihan adalah wajah diri kita.

“Apatah lagi jika di lapangan terbang, yang menjadi lokasi permulaan pelancong menjejakkan kaki ke negeri ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya semalam.

Abang Johari menegaskan, situasi ini tidak harus berlarutan.

“Pihak berkuasa lapangan terbang iaitu Malaysian Airport Berhad perlu mengambil tindakan untuk memastikan tandas-tandas ini bukan sahaja bersih, malah menyelesakan,” katanya yang berharap kondisi tandas-tandas lain di lapangan terbang seluruh negeri adalah lebih baik.

Beliau mengulas perkara tersebut sempena Sidang Kemuncak dan Ekspo Tandas Sedunia ke-15 yang akan berlangsung di Hotel Imperial dekat sini pada 27 hingga 29 Oktober.

Acara tersebut dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan dengan kerjasama world toilet.org dan Kerajaan Negeri. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru