Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat awasi ancaman Daesh – Panglima

0
15

KOTA SAMARAHAN: Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Mohd Zaki Mokhtar hari ini memberi jaminan bahawa warga tentera terutamanya di Sabah dan Sarawak akan berkerja keras untuk memastikan ancaman militan Daesh atau IS tidak menular ke negeri ini.

“Kerajaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan dan melaksanakan pelbagai usaha, untuk menyekat dan membendung kemasukan mereka ke negeri ini.

d066db30-35f1-4a47-bdcb-b2b864e52ebb

“Malah kita juga telah berusaha keras untuk mengingatkan generasi muda kita supaya tidak terjebak dan terpengaruh dengan anasir-anasir dan dakyah yang cuba kumpulan ini laungkan,” katanya ketika ditemui di sini selepas upacara perbarisan sempadan Ulang Tahun ke-83 Angkatan Tentera Malaysia pagi ini.

Zaki berkata, sekatakat ini usaha ini agak berkesan dalam membendung ancaman ini.
“Alhamdulillah… kita bersyukur usaha ini nampak berkesan, terutamanya membendung mereka yang mudah terpedaya.

“Tetapi kita tidak harus leka dan alpa kerana ancaman ini berterusan selagi adanya hubungan media sosial tanpa sempadan,” katanya.

Menurutnya, usaha yang lebih gigih diperlukan, supaya anak-anak muda di negara ini tidak terpengaruh dengan dakyah dan pelawaan daripada kumpulan Daesh dan IS ini.

Setakat ini, sekurang-kurangnya satu kes melibatkan Daesh telah dilaporkan di Sabah, manakala seorang rakyat negeri itu ditahan di Nusajaya, juga kerana penglibatan dengan kumpulan militan ini. – Sarawakvoice.com