Saturday, May 21, 2022

Raksasa misteri menjelma di tasik

Secara Rawak

EDINBURGH, SCOTLAND: Bremner, 58, seorang pekerja di gudang wiski secara tidak sengaja berjaya menangkap gambar raksasa tasik Loch Ness.

Raksasa yang turut dikenali sebagai ‘nessie’ menggemparkan orang ramai.

Bremner lapor Perkhidmatan Berita South West (SWNS) menangkap gambar raksasa tersebut pada Sabtu.

1474052465563

Pada mulanya beliau tidak menyangka bahawa itu ialah ‘nessie’, namun setelah diteliti, kemungkinan besar gambar tersebut adalah raksasa tasik itu.

Menurut Bremner lagi, dia berada di kawasan   berhampiran persisiran barat tasik tersebut yang terletak di antara dua buah kampung untuk mencari rusa merah.

“Ini merupakan kali pertama saya melihat ‘nessie’,” katanya seperti dipetik SWNS.

“Tentu hebat jika saya orang pertama yang dapat menjumpainya,” ujarnya.

“Sebelum ini, saya tidak begitu mempercayai kewujudannya namun kini saya sudah bertukar fikiran,” katanya kepada The Scotsman.

downloadTiada siapa yang menyangkal kemungkinan gambar yang diambil oleh Bremner itu adalah raksasa tasik Loch Ness.

Kali terakhir ‘nessie dilihat adalah pada tahun 2015 oleh Google Street View yang membolehkan pengguna menyelami dasar tasik Loch Ness itu.

Rakaman yang dibuat oleh Bremner itu merupakan antara 1,000 kali raksasa misteri itu pernah muncul.

Ia mulai menarik minat ramai sejak 1933. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru