Wednesday, September 22, 2021

Pelajar maut dirempuh 4wD pengetua sendiri

Mesti baca

MARUDI: Seorang pelajar maut pagi semalam selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh pacuan empat roda milik pengetuanya sendiri.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi itu maut di tempat kejadian dalam insiden di persimpangan perumahan Taman Dah Yuh dekat sini.

Menurut Timbalan Ketua Siasatan dan Penguat kuasa Trafik Negeri, Deputi Superintendan Alexson Naga, pelajar berusia 16 tahun itu kemudian dikenal pasti sebagai Wencehlaus Franklin.

“Mangsa terbabit dengan kemalangan tersebut selepas pulang daripada menghantar emaknya yang bekerja di sebuah restoran di pekan Marudi sekitar jam 6.30 pagi.

“Kenderaan Toyota Hilux yang dipandu isteri pengetua tersebut, Ling Ley Hua dikatakan gagal mengelak motosikal yang ditunggang laju oleh mangsa, hingga menyebabkan pelanggaran berlaku.”

Akibat rempuhan tersebut, pelajar terbabit mengalami kecederaan parah pada badan dan tangan, sebelum disahkan maut oleh paramedik di lokasi.

Kata Alexson, polis masih menjalankan siasatan, yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Marudi untik proses bedah siasat. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru