Sunday, September 25, 2022

Penculik minta wang tebusan RM180,000,  ancam penggal kepala tiga tebusan

Secara Rawak

TAWAU: Majikan dan pemilik kapal kepada tiga warga Filipina yang diculik tujuh lelaki bersenjata di perairan Pulau Pom Pom di Semporna menerima panggilan telefon meminta  dibayar wang tebusan 2 juta Peso (RM180,000) sebelum esok atau berdepan risiko kepala mereka dipenggal.

Karim Musappa, 30, mengesahkan menerima panggilan telefon daripada juragan, Masurin, 50-an bagi mendapatkan wang tebusan berkenaan  selepas diculik bersama dua kru kapal nelayan pada 10.40 malam 10 September lalu.

“Saya terima panggilan sekali pada Hari Raya Aidiladha pada pukul 7.55 pagi. Penculik menjadikan mangsa (Masurin) sebagai orang tengah untuk meminta wang tebusan. Laporan polis juga telah dibuat. Masurin beritahu, penculik minta sebanyak dua juta peso atau RM180,000 sebagai wang tebusan dan mereka disahkan dalam keadaan selamat serta berada di Jolo, Filipina,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Masurin bersama dua lagi anak kapal iaitu Loloi Alpin dan Sami berusia 30-an diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pom-Pom, berhampiran Semporna, ketika kapal nelayan mereka berlabuh di perairan itu untuk memukat pada jam 10.40 malam.

Karim berkata, dia menerima panggilan itu pada jam 7.55 pagi Isnin lalu, dan Masurin menyatakan dia bersama Loloi dan Sami dalam keadaan selamat.

Mereka kini dipercayai berada di Selatan Filipina.

Karim menjelaskan sekiranya tuntutan itu tidak dilayan, ketiga-tiga pekerjanya mungkin berdepan risiko.

“Maklumat terkini yang kita terima, tempoh tuntutan diberikan sehingga 19 September dan sekiranya gagal membayarnya, mereka akan dipotong kepala.

Karim berkata selepas menerima panggilan telefon itu, beliau sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Semua pekerja saya sudah takut  keluar ke laut dan semua kapal saya tidak lagi beroperasi sejak kejadian itu,” katanya.

Karim memberitahu, isteri salah seorang daripada mangsa culik turut menerima panggilan telefon baru-baru ini yang meminta wang tebusan perlu dibayar sebelum esok. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru