Friday, August 19, 2022

Mayat bayi berulat ditemui di  dalam tong sampah

Secara Rawak

IPOH: Mayat seorang bayi yang cukup sifat ditemui di dalam tong sampah bersebelahan kafeteria Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pagi semalam.

Mayat bayi yang sudah berulat dan belum diketahui jantina itu ditemui seorang tukang cuci kira-kira pukul 10.55 pagi.

Nor Hanizam Idris, 46, berkata beliau terkejut apabila menemukan mayat bayi itu.

Ketika itu beliau sedang melakukan kerja memunggah sampah sebelum menjumpai satu bungkusan tidak berikat dalam satu daripada tong sampah di situ.

“Saya terkejut apabila terdapat mayat bayi dalam bungkusan yang tidak berikat itu selepas mayat berkenaan terjatuh ke atas lantai sebelum saya memanggil seorang rakan untuk mengenal pasti objek itu,” katanya.

“Objek itu sangat kecil iaitu kira-kira sebesar dua penumbuk menyebabkan saya tidak dapat mengecamnya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, Nor Hanizam berkata beliau lalu membuat laporan polis di pondok polis hospital berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru