Sunday, September 25, 2022

Luahan hati Fara Fauzana melalui Instagram selepas tidak jadi kahwin

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kalau ikut perancangan sepatutnya semalam merupakan hari paling bahagia bagi pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana.

screen-shot-2016-09-18-at-09-10-22Farah, 36, yang juga dikenali sebagai Fafau atau FF sepatutnya mengadakan majlis perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamed Hafez Badiuzzaman, 30, di Damansara Perdana.

Fara telah mengadakan sidang media pada 1 Ogos lalu mengumumkan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi lelaki yang hanya dikenali sebagai Hafez ketika itu.

Namun, sekali lagi beliau mengeluarkan satu kenyataan mengejutkan banyak pihak terutama para peminatnya pada 4 September, menyatakan bahawa majlis itu dibatalkan.

Namun, seperti yang telah diketahui umum, perkahwinan itu dibatalkan atas sebab yang belum dimaklumkan secara rasmi.

“Ikut tarikh ikut hati ikut sijil dah tiba masanya tapi setiap apa yg kita rancang hanya Allah yang tahu apa yg terbaik untuk kita,” kata Farah dalam status Instagramnya semalam.

“Doakan agar Allah izinkan FF utk menjadi tetamu ditahun hadapan agar melengkapi rukun Islam kita,” katanya.

Beliau berkata, ramai yang berkata dan ramai yang bertanya tetapi siapalah dia untuk menahan semua cuma mohon jangan salahkan sesiapa kerana percaya setiap kata itu juga adalah doa yg terbaik bukan sahaja untuk dirinya tetapi semua.

“FF ucapkan terima kasih semua for making me a stronger person today. May Allah guide us all. Love,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru