Monday, December 5, 2022

Tunku terus pujuk Brunei anggotai Malaysia sehingga 1965

Secara Rawak

BANDAR SERI BEGAWAN: Meskipun Brunei menutup pintunya untuk menganggotai Malaysia pada 1963, namun kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman tidak menghentikan usaha untuk terus memujuk negara itu sehingga 1965.

Langkah yang diambil oleh Malaysia itu turut mendapat sokongan kerajaan British yang tidak mahu Brunei seorang diri.

tunku_nego2

Dalam pertemuan terakhir Tunku di London pada Ogos 1963, beliau meminta kerajaan British mengancam Sultan bagi memastikan baginda mengambil keputusan untuk menganggotai Malaysia.

“British telah memberitahu baginda Sultan ia tidak akan meneruskan perlindungan kepada Brunei, dan tanpa kemajuan politik, baginda perlu membayar perkhidmatan dan perlindungan jika Brunei meminta kehadiran tentera british,” kata seorang sejarawan yang enggan dikenali.

Namun, strategi dan taktik sedemikian masih tidak berjaya memujuk baginda untuk mengubah pendiriannya.

Menyedari hal demikian, kerajaan Malaysia secara mengancam Sultan bahawa ia akan mengundurkan pegawai yang dipinjamkannya kepada kerajaan Brunei untuk berundur dari negara itu.

Malaysia akhirnya hanya dibentuk dengan penyertaan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Hakikatnya, kata sejarawan itu, ancaman Tunku itu bercanggah dengan jaminan yang diberi Tunku kepada kerajaan British pada ogos 1963 bahawa ia tidak akan mengundurkan pegawai Malaysia yang berkhidmat di Brunei.

Sebaliknya, Tunku mengubah alasannya pada Oktober 1963 dengan memberitahu Sultan bahawa pegawai Malaysia perlu balik atas alasan keselamatan.

Pemberontakan telah tercetus di Brunei pada Disember 1963.

Meskipun pihak British sedar akan matlamat Tunku namun ia membiarkannya kerana memang menjadi hasrat British untuk melihat Brunei menganggotai Malaysia.

Tunku akhirnya menulis secara rasmi kepada sultan pada 5 Oktober meminta pengunduran pegawai Malaysia dari Brunei dalam tempoh tiga bulan.

“Surat Tunku itu menggambarkan hubungan yang tidak kena dengan elit politik di Brunei sehingga menyebabkan peluang untuk Brunei menganggotai Malaysia tertutup terus,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru