Thursday, May 19, 2022

Ajaran sesat Millah Abraham cuba susup kembali ke Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pihak berkuasa agama Sarawak berjaya mengesan usaha beberapa pihak untuk menyebarkan fahaman ajaran sesat di negeri ini.

Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata, usaha-usaha tersebut bagaimanapun berjaya berjaya dikekang hasil kerjasama bersepadu agensi-agensi agama dan keselamatan di negeri ini.

088f8ea0-b68c-4b14-8612-0e601b8c1d09

“Agensi-agensi islam di sarawak ini bekerjasama rapat.

“Jakim, Jais dan mana-mana agensi lain akan berusaha untuk memastikan bahawa tidak bertapaknya ajaran sesat yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman umat Islam di negeri,” tegasnya.

Pada masa yang sama kata Misnu, kerjasama erat dengan pihak berkuasa lain, seperti Polis Diraja Malaysia akan membantu kita mengesan dan membanteras ajaran-ajaran sesat ini daripada menular di Sarawak.

“Umpamanya ajaran Millah Abraham. Mufti telah mengeluarkan fatwanya berhubung ajaran berkenaan, dan agensi penguatkuasa jabatan agama telah pun mula bertindak.

“Kita tidak mahu mana-mana ajaran sesat pun bertapak di Sarawak ini.

“Setakat ini… alhamdulillah kita berjaya menahan mereka daripada bertapak dan berpijak di bumi sini,” jelasnya ketika ditemui selepas penyerahan daging korban sempena sambutan Aidiladhan anjuran Jakim Sarawak di Institut Kemahiran Islam, di Kampung Telaga Air semalam.

b3d28ac5-9677-4f2e-bda0-045f963e31c4

Sebanyak dua ekor lembu dan tiga ekor kambing telah dikorbankan dan dibahagikan kepada lebih 130 penerima di sekitar kawasan tersebut.

Sebelum ini, ajaran Millah Abraham dikatakan berusaha menjadikan kawasan Simunjan sebagai pusatnya di Borneo, namun berjaya dihidu oleh penguatkuasa agama dan pasukan keselamatan di negeri ini.

Perkembangan mutakhir menunjukkan mereka berusaha mengaktifkan kembali aktiviti ini, dengan beberapa individu kini dalam pemerhatian dan pemantauan pihak berkuasa agama.

Menurut sumber, mereka dipercayai datang ke negeri ini dari Semenanjung, setelah isteri masing-masing, sebagai penjawat awam bertukar tugas ke Sarawak.

Pihak berkuasa agama dan keselamatan katanya, masih memantau sebarang perkembangan sebelum tindakan lanjut diambil. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru