Sunday, August 14, 2022

400 orang hilang, 107,000  mangsa banjir dipindahkan di Korea Utara

Secara Rawak

SEOUL: Angka kematian akibat banjir di kawasan sempadan Korea Utara kini telah meningkat melebihi 140 orang, dengan sekitar 400 orang lagi hilang, menurut beberapa sumber.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan, memetik angka Pyongyang berkata, lebih daripada 107,000 orang telah terpaksa pindah bagi menyelamatkan diri dari Sungai Tumen, kawasan teruk dilanda banjir.

Banjir terburuk terjadi sepanjang Sungai Tumen, yang bersempadan dengan China Selatan.

Banyak desa di Musan dan Yonsa terputus hubungan sama sekali dengan dunia luar, kata PBB.

Penduduk di kawasan sempadan China dan Rusia berdepan keadaan paling teruk, menurut media kerajaan.

Dilaporkan lebih daripada 35,500 rumah telah dilanda banjir, dengan sekitar 70 peratus rosak sama sekali. Manakala 8,700 bangunan awam, termasuk sekolah rosak.

Sekitar  16,000 hektar kawasan pertanian ditenggelami banjir besar, dan sekitar 140,000 memerlukan bantuan segera.

Di beberapa desa dekat kota Hoeryong,  hampir  tidak ada bangunan yang tak rosak.

Mangsa banjir dalam berdepan kesengsaraan dan menghadapi risiko diserang wabak penyakit.

Media kerajaan berkata, badan bantuan telah menghulurkan bantuan termasuk makanan, peralatan dapur, ubat-ubatan dan air bersih.

Pasukan  penyelamat tidak berhasil menjangkau sejumlah daerah yang paling parah akibat banjir teruk.

Korea Utara sudah menderita kekurangan makanan yang parah dan sangat tergantung kepada bantuan asing bagi memenuhi keperluan makanan  penduduknya.

Banjir yang dipicu oleh taufan Lionrock baru-baru ini, terjadi ketika Korea Utara menghadapi kemarahan global sesudah melancarkan uji cuba nuklir kelimanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru