Rohani bangga dua atlet paralimpik negara lakar sejarah raih emas di Rio de Jeinero

0
5

PUTRAJAYA: Dua atlet Paralimpik negara berjaya melakar sejarah dengan menenangi pingat emas dalam temasya sukan terhebat dunia itu dengan salah satu daripadanya, mencipta rekod baharu dunia.

Pingat emas tersebut dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi , semalam di Rio de Janeiro melalui acara 100m T36 (celebral palsy) manakala pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad Zolkefli , yang mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam satu kenyataan hari ini melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah atas kejayaan kedua-dua atlet Orang Kurang Upaya (OKU) itu.

“Kejayaan mereka bukan sahaja telah berjaya mengharumkan nama negara, tetapi turut menjulang martabat serta nama Malaysia dari aspek menonjolkan
atlet dalam golongan OKU yang berprestasi tinggi.

“Kejayaan mereka juga membuktikan bahawa cabaran fizikal dimiliki bukanlah halangan mempamer kebolehan diri, seterusnya berjaya dalam bidang masing-masing.

Beliau berharap, kejayaan ini dapat menjadi pemangkin kepada atlet lain untuk turut mencipta kejayaan dalam sukan yang dipertandingkan.

Rakaman video menyaksikan Muhammad Ziyad Zolkefli begitu terharu bukan sahaja kerana berjaya mencipta rekod dunia tetapi berjaya menaikkan bendera jalur gemilang di podium Paralimpik, sekali gus memastikan lagu Negaraku berkumandang. – Sarawakvoice