Wanita hilang sejak Rabu lalu ditemui mati di Sarikei

0
21

SARIKEI: Selepas dilaporkan hilang petang semalam, seorang wanita ditemui mati lemas dengan badannya terapung di permukaan Sungai Selangan dekat sini petang tadi.

Mayatnya dijumpai bersama oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dianggotai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dan penduduk kampung, sekitar jam 12.30 tengah hari, kira-kira 2 kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang.

Penolong Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kehilangan wanita tersebut sekitar jam 6.49 petang semalam.

“Maklumat itu diterima daripada Balai Polis Sarikei selepas suaminya membuat laporan kerana wanita tersebut tidak kembali ke rumah mereka di Rumah Lingga, berhampiran Sungai Selangan dekat sini sejak tengah hari Khamis lalu.

“Pada mulanya pencarian dilakukan oleh penduduk kampung dan anggota keluarga namun gagal menemukan mangsa.

“Setelah buntu, suami mangsa , seorang petani berusia 66 tahun kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Sarikei pada jam 5.30 petang semalam, yang kemudian memanjangkan laporan tersebut untuk bantuan Bomba dan Penyelamat.

Mangsa kata Farhan, dikenali sebagai Labi Jaman, 63 tahun.

“Sepasukan 12canggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamt Sarikei kemudian dengn dikejarkan ke lokasi BBP Sarikei.

Susulan penemuan itu kata Farhan, operasi ditamatkan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Sarawakvoice