Thursday, September 29, 2022

Tiga nelayan diculik di Semporna

Secara Rawak

TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan terdapat satu kes penculikan di perairan Pom Pom, Semporna malam tadi.

Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada pukul 1.59 pagi tadi.

“Saya hanya boleh mengesahkan telah berlaku satu kes culik di mana sebuah bot telah ditahan dan tiga orang telah diculik.

“Maklumat lanjut akan dikongsi oleh Pesuruhjaya Polis Sabah dalam satu sidang akhbar,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru