Monday, December 5, 2022

Lelaki maut dirempuh van sewa di Asajaya, tidak sempat berhari raya bersama-sama keluarga

Secara Rawak

ASAJAYA: Hasrat seorang lelaki untuk meraikan Aidiladha bersama-sama keluarganya tidak kesampaian apabila beliau maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, kurang 36 jam sebelum perayaan itu.

Abdul Najib Solo, 35 tahun, sedang menuju ke Kota Samarahan dari rumahnya di Kampung Asajaya, apabila dia merempuh sebuah van sewa, yang terbabas dari arah bertentangan.

aesas

Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4 petang semalam di Kilometer 19, Jalan Kota Samarahan-Asajaya.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan tersebut berpunca daripada kegagalan pemandu van sewa yang sedang menuju ke Asajaya mengawal kenderaannya, selepas mengelak melanggar sebuah kenderaan lain di hadapannya .

“Tindakan tesebut menyebabkan kenderaan van tersebut terbabas ke kanan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh oleh mangsa, yang tidak sempat mengelak.

Akibat pelanggaran ini, katanya, van berkenaan terjunam ke dalam parit berdekatan manakala penunggang motosikal pula parah.

aee

Mangsa kemudian dikejarkan oleh orang awam ke Klinik Asajaya serta-merta sebelum diisytiharkan meninggal dunia kemudiannya.

Pemandu van sewa tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Alexson, ketika kejadian, cuaca adalah baik manakala permukaan jalan di lokasi kejadian adalah lurus dan terdapat simpang tiga.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan rapi kes ini di bawah peruntukan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice

aedsws

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru