Saturday, December 3, 2022

Adenan: Memperbaiki kualiti hidup rakyat terus jadi tumpuan kerajaan

Secara Rawak

MIRI: Kadar pertumbuhan ekonomi tahunan yang ideal bagi Sarawak ialah 6.5 peratus.

Bagi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, pertumbuhan sekitar 4 peratus ketika ini adalah tidak memadai kerana ini boleh membantutkan hasrat negeri ini untuk menjadi negeri maju.

tyt-bday-_0002

Justeru, kata Adenan, ekonomi negeri perlu meningkatkan pertumbuhannya melebihi pertumbuhan beberapa tahun lalu untuk menjadi negeri maju sepenuhnya pada 2030.

Meskipun menyedari bahawa 6 peratus adalah angka tinggi, namun beliau yakin bahawa sasaran itu dapat dicapai dengan disiplin dan kerja kuat.

“Kita tidak boleh hanya bergantung kepada minyak dan gas, dan komoditi pertanian,” katanya dalam ucapan sempena upacara perbarisan  meraikan hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di sini, semalam.

Ketika ini, Ketua Menteri berkata meskipun terpaksa mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu ekoran harga minyak yang rendah, namun Sarawak kekal dapat mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada tahun lalu. Pendapatan Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lalu ialah RM122 bilion dan pendapatan per kapita ialah RM45,000.

Dalam pada itu, menurut rekod rasmi kerajaan, ekonomi  Sarawak mencatat pertumbuhan 4 peratus tahun lalu didorong peningkatan permintaan domestik sebanyak 5.8 peratus. Ekonomi Sarawak dijangka mencatat pertumbuhan sama, iaitu 4 peratus, dikekalkan oleh pengembangan perbelanjaan sektor swasta.

Semua sektor ekonomi utama merekodkan pertumbuhan sederhana pada tahun lalu disebabkan permintaan domestik dan global yang lemah.

Sektor perkhidmatan pula berkembang pada kadar 5.1 peratus pada 2015 namun dijangka menurun pada 4.4 peratus tahun ini.

Adenan berkata, kerajaan akan terus menumpukan perhatian kepada pembangunan luar bandar dan peningkatan kualiti hidup rakyat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru