Friday, August 19, 2022

RUU 355: Pemuda Amanah minta Pemuda Pas bersikap matang

Secara Rawak

ALOR SETAR: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah Asmirul Anuar Aris membidas kenyataan tidak matang Ketua Pemuda PAS Kedah Mohd Azam Abd Samat yang mendakwa Amanah tidak menghormati autoriti, jumud serta tidak menghayati makna makna “Rahmatan lil ‘Alamin”.

Amirul berkata demikian sebagai respons kenyataan Dewan Pemuda Pas Kedah Selasa  lepas berkaitan Bayan Linnas yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Pesekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menyentuh perihal cadangan Usul Pindaan RUU355 oleh Ahli Parlimen Marang Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas sebelum sidang sesi parlimen lepas ditangguhkan.

Dalam kenyataan media beliau kepada SarawakVoice pada Rabu, Asmirul berkata, “dek kerana faham, hormat bidang kuasa dan terbukalah, (maka) Amanah tidak melulu untuk menetapkan hukum tertentu terhadap Usul Pindaan RUU355 selagi tiada perbahasan dan perincian yang akan dibahaskan pada Oktober 2016 ini.”

Menurut Asmirul, teguran dan kritikan terhadap Bayan Linnas tersebut tidak sedikit  pun merendahkan rasa ilmuan dan ihtirom Amanah terhadap beliau secara peribadi, malah cukup menghormati beliau sebagai Mufti.

Asmirul menjelaskan, Amanah menghormati semua 14 jabatan mufti di negara ini.

Malah, Amanah melalui sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dr Siti Mariah Mahmud dan timbalannya Dr Mujahid Yusof Rawa telah melakukan jerayawara hampir ke seluruh negara mendapatkan pandangan daripada mufti, tokoh agamawan dan NGO Islam yang lain.

“Ini menyerlahkan sikap inklusivisme Amanah dalam menilai sesuatu isu rakyat khususnya muslim dalam hal ini, tegas Asmirul.

Beliau berkata, dalam usaha Amanah menetapkan pendirian dalam isu ini, Pas tidak seharusnya menghukum pihak lain, sedangkan Hadi sendiri yang mohon menangguhkan perbahasan mengenai usul pindaan RUU355 ini.

“Dan pasti ini masa yang sesuai semua pihak mengkaji dan menilai usul itu dengan baik demi nama baik Islam dan masa depan dakwah Islam di Malaysia,” katanya

Pemuda Amanah melihat, Pas sebagai parti yang diwakili Hadi seharusnya membuka meja rundingan, pencerahan dan penerangan yang baik.

Namun menurut Asmirul, “… yang berlaku di peringkat kader kawasan dan cawangan  tohmahan dan perlian nan tidak dijelmakan.”

“Kami nasihatkan agar pimpinan PAS bertenang dan tolong tenangkan para kader seluruhnya sehinggalah saat dan ketika perbahasan berlangsung,” katanya lagi.

Pemuda Amanah menawar diri menjadi penganjur wacana bersama Dr Mujahid untuk menjernihkan sebarang salah faham yang berlaku.

Asmirul menambah, pada akhir zaman ini yang sering dikatakan sebagai zaman fitnah, seharusnya gerakan berasaskan Islam, mengekalkan akhlak dan bertindak dengan bijak demi maruah dan nama baik Islam.

Bagi Pemuda Amanah memartabatkan syariat dan membina akhlak Islami merupakan dua perkara yang tidak harus dipisahkan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru