Monday, November 28, 2022

Ibu lacur anak kandung untuk dapat wang

Secara Rawak

JOHOR BAHRU: Atas apa jua alasan pun, tindakan seorang ibu berusia 47 tahun memperdagangkan anak perempuannya sendiri untuk wang tidak akan dapat diterima oleh akal.

Atas alasan demikianlah maka pihak mahkamah tidak melayan rayuannya untuk dibebaskan dengan jaminan sehingga menunggu kesnya disebut semula pada 9 Oktober depan.

Wanita tersebut yang bekerja sebagai pembantu rumah di Australia dituduh melacurkan anaknya yang berusia 13 tahun untuk eksploitasi seks di sebuah bilik hotel di Jalan Tebrau, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi pada 20 September lalu.

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, Lai Siew Jze memohon untuk dibebaskan dengan jaminan dan memberi alasan perlu kembali bekerja sebagai pembantu rumah di Australia untuk menyara keluarga, termasuk tiga anaknya yang masih belajar, manakala suaminya tidak bekerja. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru