Monday, June 27, 2022

Bahasa Iban dikamuskan, elak lenyap di dunia

Secara Rawak

KUCHING: Atas kepekaan kaum Iban menyayangi warisan bahasanya, maka bahasa Iban terus hidup dan berkembang dan ia dapat mengelak bahasa tersebut lenyap di dunia.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu semua kaum di negeri ini mengikut jejak langkah kaum Iban dan Bidayuh yang sudah merekodkan bahasa mereka masing-masing dalam bentuk kamus bagi mengelak bahasa terbabit lenyap.

“Kami menggalak sebelum bahasa lenyap, rekodkan terlebih dahulu kerana tiada siapa tahu mengenai masa depan dan sesetengah bahasa itu boleh lenyap,” kata Adenan semasa melancarkan kamus bahasa Iban-Inggeris “A Comprehensive Iban-English Dictionary” pada Rabu.

Katanya, banyak bahasa di dunia telah pupus seperti Shayen, Apache, Sioux, Desu dan sebagainya yang hanya direkodkan dalam bentuk digital di muzium, tetapi kehilangan penuturnya.

Jadi, bahasa perlu dijaga sebaik-baiknya agar tidak hilang ditelan zaman, ia bukan sekadar disimpan dalam bentuk kamus, tetapi mesti dituturkan.

“Kita percaya dengan mengamal perpaduan dalam kepelbagaian mampu memartabatkan bahasa kesemua bangsa,”

14124340_1189857347754499_1098582778860769553_o

“Oleh itu bahasa Iban perlu diangkat ke tahap yang lebih tinggi dan mampu dijadikan sebagai bahasa pembelajaran,” kata Adenan.

Kamus Iban-Inggeris terbabit setebal 1,890 halaman mengandungi 30,000 ayat, karya empat pengarang; Janang Ensiring, Dr Robert Menua Salleh, Joanne Sutlive dan Dr Vincent Sulive terbitan Yayasan Budaya Dayak (DCF) berharga RM170 senaskah.

Sebelum ini, sudah terbit kamus Bidayuh-Ingegris oleh William Nais yang mengambil masa 20 tahun menyiapkannya. – Sarawakvoice/TVSarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru