Thursday, June 30, 2022

Awas, jangan merokok, guna vape  sebarangan dalam kawasan tadbir DBKU mulai tahun depan

Secara Rawak

KUCHING: Salah satu pelan yang melibatkan tiga perkara; Cantik, Bersih dan Selamat (CBS) membuat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mahu menguatkuasakan peraturan kawasan larangan merokok dan pengunaan vape.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, melalui undang-undang larangan merokok dan penggunaan vape, pada 1 Januari 2017, DBKU memastikan semua kawasan di bawah pentadbirannya mematuhi peraturan tersebut.

Ini semua demi memastikan keadaan yang terjaga dan selamat, sesuai dengan tema CBS.

Bagi pelanggan yang mahu merokok atau menggunakan vape, mereka boleh melakukannya dalam kawasan yang dibenarkan.

“Pengusaha tempat tersebut boleh mengenal pasti kawasan kecil di luar premis, dan perokok dan (pengguna) vape hanya dibenarkan merokok dan menggunakan vape di tempat berkenaan,” kata Abdul Wahap.

Beliau menambah, larangan tersebut turut melibatkan 375 premis makanan berlesen, tempat awam, pusat membeli-belah dan taman.

Larangan merokok dan penggunaan vape ditegah di semua kawasan DBKU termasuk kawasan taman di bawah kuasa DBKU.

Terdapat tempat yang diperuntukkan yang untuk merokok dan menggunakan vape.

“Kita sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) menyokong dan mendokong sepenuhnya hasrat kerajaan dengan melarang dan mengharamkan rokok di kawasan awam,” tegas Abdul Wahap sambil menambah bahawa setiap premis makanan berlesen dengan DBKU akan diletakkan tanda larangan merokok.

Pihak DBKU akan mengadakan dialog bersama pengusaha kedai dan menerangkan kepada mereka berkaitan tindakan yang perlu diambil.

Pengusaha premis diminta meletakkan notis larangan merokok dan menggunakan vape di semua kawasan awam.

“Kalau ada kalangan orang awam dijumpai merokok, mereka akan ditangkap oleh pihak kami dan diberi satu pendidikan dan kesedaran kepada mereka sebelum kami mengambil langkah lebih serius,” ujar Abdul Wahap lagi.

Kementerian Kesihatan sedia menggubal undang-undang baharu berkaitan tembakau, rokok elektronik atau vape serta shisha.

Undang undang berkaitan perkara tersebut kini masih dikawal di bawah Akta Makanan 1983 (Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011).

Di bawah akta tersebut Kementerian Kesihatan mewartakan 21 kawasan yang diharamkan merokok dan menghisap vape iaitu:

Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino.

Di mana-mana kawasan hospital atau klinik.

Di dalam lif atau tandas awam.

Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin.

Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam.

Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta.

Di mana-mana kawasan lapangan terbang.

Di mana-mana kawasan premis kerajaan.

Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan.

Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi

Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak.

Di dalam bas sekolah.

Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia.

Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah.

Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak.

Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium.

Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan.

Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan.

Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet.

Di mana-mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru