Friday, October 7, 2022

Sibu berpotensi jadi bom jangka Zika

Secara Rawak

KUCHING: Bandar Sibu bakal menjadi “bom jangka” yang dikenal pasti sebagai berpotensi berhadapan penularan wabak Zika di negeri ini.

zksnwqTimbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, berdasarkan statistic, kawasan tersebut saban tahun mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi di negeri ini dan ia mendedahkannya kepada risiko jangkitan Zika, menerusi vektor nyamuk Aedes.

“Risiko penularan Zika bergantung kepada densiti nyamuk aedes.

“Jadi mana-mana kawasan yang bermasalah dengan Denggi, akan boleh menimbulkan masalah dengan Zika. Jadi kalau di Sarawak ini, Sibu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Kejururawatan Bersama Malaysia Singapura ke-21 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pagi tadi.

Persidangan yang dihadiri oleh lebih 700 peserta itu dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah, yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Katanya, jika pihak berkuasa Sibu dan penduduknya gagal membendung Denggi, beliau bimbang Zika akan menular ke situ dan semua tindakan lain akan menjadi sia-sia.

zkajsuw

“Penduduk di kawasan tersebut perlu bekerjasama, terutama dalam membersihkan kawasan rumah mereka agar tidak terdedah kepada nyamuk Aedes.

“Orang ramai perlu menukarkan persepsi serong yang menyatakan kebersihan sebagai tanggungjawab majlis perbandaran, sebaliknya ia adalah tanggungjawab setiap individu,” tegasnya.

Datuk Dr Lokman turut menyeru pihak majlis tempatan agar menyelesaikan segera isu saliran air dan sistem perparitan di bandar tersebut, yang dikenal pasti menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Sehingga Jun lalu, sejumlah 747 kes denggi dicatatkan di Sibu, yang merupakan 53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di negeri Sarawak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru