Tuesday, October 4, 2022

Ekonomi Kelantan gagal, Kerajaan Negeri didesak selesaikan masalah rakyat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) beranggapan, Kelantan menuju ke arah kegagalan ekonomi sejak 25 tahun lalu sehingga menyebabkan negeri itu bergantung kepada sumber alam seperti balak dan mineral sebagai sumber ekonomi sehingga membawa kepada kemusnahan.

Pengerusinya, Khairul Nizam Abd Ghani dalam satu kenyataan berkata: “Gagal ekonomi, maka akan gagal material lainnya, termasuk kedaulatan.”

14263961_1277111798973760_2573226414542624366_n

“Jika pengurusan sampah terpaksa diserahkan kepada kuasa ekonomi persekutuan, maka air juga sebegitu,” jelasnya.

Menyentuh pengurusan air di Kelantan, beliau mengakui memang bermasalah dan tidak boleh ditangani secara ‘reactionary’ semata-mata.

“Isu ini adalah isu nyawa rakyat. Kiasannya, air lebih penting dari petroleum. Perlu diselesaikan secara material,” katanya.

Menurut Khairul, penyelesaian terhadap masalah tersebut bukan melalui persepsi, mengadu domba atau membakar sentimen.

Sehubungan itu, Khairul berharap kerajaan negeri mengadakan sesi perbahasan antara semua pihak bagi menangani isu berkenaan dan bukannya menyembunyikan masalah terbabit.

Jalan terbaik adalah dengan mencari jalan penyelesaian.

“Kongsikan masalah ini dengan semua anak negeri, dan kita pakat-pakat mencari penyelesaian bersama,” tambahnya.

Sekumpulan NGO Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi) telah mengadakan demontrasi di pekarangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan semalam menuntut kerajaan Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada pihak kerajaan Pusat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru