Saturday, October 8, 2022

Ambil potret individu, berpasangan dan menangi hadiah sehingga RM1000

Secara Rawak

KUCHING: Penduduk di negeri ini mempunyai waktu sehingga Jumaat ini untuk menyertai pertandingan fotografi yang bertemakan ‘What does it mean to be Sarawakian?’.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Sarawak itu menawarkan hadiah lumayan yang mencecah nilai sehingga RM1000.

Menurut kenyataan daripada pihak penganjur, untuk menyertai pertandingan ini amat mudah iaitu dengan
mengambil gambar potret secara individu ataupun berpasangan secara kreatif dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Penyertaan kemudian boleh diemailkan terus kepada baden7224@gmail.com bersekali dengan maklumat nama, alamat, umur, nombor kad pengenalan dan nombor telefon peserta.

Foto-foto pemenang pertandingan ini akan dipamerkan semasa Pameran Urang Sarawak pada majlis pembukaan Muzium Sarawak yang bakal berlangsung sekitar bulan September ini.

“Penganjuran sebegini diharapkan dapat menyemai perasaan bangga menjadi rakyat Sarawak.

Kepada mereka yang berminat, keterangan lanjut mengenai pertandingan ini boleh menghubungi Mohd. Noor Omar di talian 082-244371 dan 082-233152 atau menghantar email kepada baden7224@gmail.com. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru