Tuesday, June 28, 2022

Tonton video Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ditendang, ditumbuk di KLIA

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sebuah klip video serangan menunjukkan bagaimana Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia dibelasah sekumpulan lelaki kini disiarkan beberapa media utama Sri Lanka.

Ibrahim Sahib Ansar ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi di bahagian kepala oleh beberapa orang lelaki yang identiti mereka belum didedahkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Ahad lalu.

Setakat ini, lima suspek ditahan manakala polis masih memburu empat lagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka berumur antara 27 dan 56 tahun dan diberkas di Dengkil, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Polis berkata, serangan terhadap Ibrahim pada Ahad, menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan, tetapi setakat ini difahamkan mereka belum memberi butir-butir lanjut tentang identiti atau latar belakang penyerang terbabit.

Kelihatan dalam video itu, dua anggota berpakaian seragam dipercayai polis bantuan KLIA meminta kumpulan itu beredar, tetapi anehnya mereka yang menyerang itu tidak pula ditangkap.

“Lima orang telah ditangkap dan kami masih menyiasat motif serangan itu,” kata Ketua Polis Selangor, Abdul Samah Mat seperti dipetik AFP.

Semalam, Sri Lanka memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Colombo bagi menzahirkan kekecewaan dan menuntut pihak berkuasa di negara ini meningkatkan tahap keselamatan kepada pegawai diplomatiknya di Kuala Lumpur.

Kejadian itu berlaku susulan beberapa protes dianjurkan kumpulan yang membantah kehadiran bekas presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa, yang dituduh melakukan jenayah perang ke atas penduduk Tamil di negara itu.

Wisma Putra semalam menjamin insiden itu akan disiasat.

“Kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala
Lumpur bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

Rajapaksa, yang menjawat presiden selama 10 tahun, dituduh melakukan jenayah perang terhadap penduduk Tamil di negara yang mengalami pergolakan politik dan sosial selama berdekad-dekad. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru