Sunday, August 14, 2022

Indonesia janji serang Malaysia dengan agresif malam ini

Secara Rawak

JAKARTA:  Mungkinkah pasukan Malaysia menumpaskan Indonesia malam ini?

Corak permainan yang bagaimanakah yang bakal ditampilkan kedua-dua pasukan?

Indonesia dan Malaysia berjanji sama-sama menampilkan permainan bermutu pada pertandingan uji cuba persiapan kejuaraan AFF Suzuki Cup 2016, di Stadium Manahan Solo, Jateng, malam ini.

Indonesia berjanji akan bermain terbuka penyerang ke pertahanan lawan. Hal itu dikatakan Pembantu Pelatih Indonesia Hang Peter Schaller, selepas mesyuarat teknikal Indonesia-Malaysia, di Hotel Lor In Solo, Isnin, lapor tempo.com.

Meskipun, hanya melakukan persiapan selama dua hingga tiga hari, atau lebih pendek dibanding Malaysia sekitar 10 hari, tetapi pasukannya akan tampil maksimal dengan bermain terbuka menyerang.

“Kami akan menggunakan formasi  4-4-2, tetapi siapa pemain yang akan diturunkan masih difikirkan,” kata Hang Peter Schaller.

“Kita lihat pertandingan Indonesia melawan Malaysia yang akan sama-sama menampilkan yang terbaik.”

Menyentuh soal kapten Timnas Indonesia, Hang Peter Schaller dipetik portal berkenaan sebagai berkata, beliau  mempercayakan kepada pemain senior Boaz Salossa untuk memimpin pasukannya di lapangan.

“Boaz ini, selain pemain berpengalaman, juga bermain konsisten di lapangan,” kata Schaller.

Jurulatih Malaysia Datuk Ong Kim Swee berkata, baik Indonesia mahupun Malaysia akan menampilkan permainan yang berkualiti untuk menghibur penonton.

Menurut Ong Kim Swee lagi,  tuan rumah banyak jadual kegiatan pertandingan di Liga dalam negerinya.  “Meskipun Indonesia tidak ada kegiatan internasional yang cukup lama, tetapi mereka mempunyai  Liga di dalam negeri yang jadualnya padat,” kata Ong Kim Swee.
Meskipun, kedua pasukan melakukan persiapan waktu yang cukup singkat, tetapi baik Indonesia mahupun Malaysia akan menampilkan permainan yang berkualiti untuk persiapan ke AFF Suzuki Cup 2016 nanti.
Ong Kim Swee mengatakan Malaysia  ingin kemenangan atas tuan rumah Indonesia.

Namun, ujar beliau lagi, Malaysia melawan Indonesia kemenangan bukan menjadi utama, tetapi melihat keserasian dan kekompakan pasukan yang sedang melakukan peralihan dari pemain senior ke juniornya.

Ong Kim Swee menyatakan salah seorang pemain Indonesia yang dikenal di Malaysia, Andik Vermansyah yang pernah bermain  dengan Selangor pada 2011 dan 2013 yang menjadi keuntungan bagi Indonesia.

Andik dapat mengenali corak permainan Malaysia. “Bagi saya  Indonesia dan Malaysia akan mengeluarkan semua kemampuan untuk menampilan yang berkualititi,” tambahnya.

Namun, Ong Kim Swee masih merahsiakan formasi  yang akan diturunkan melawan pasukan  tuan rumah, dan tidak ada pemain lawan yang harus mendapat penjagaan khusus. Semua pemain lawan harus dijaga waspadai.

“Saya dan pasukannya akan tampil bersemangat dan baik. Namun, yang terpenting menjaga kekompakan antara pemain,” kata ketua pasukan Malaysia Amri Yahya.

Menurut Amri, pemain senior di Malaysia, pasukannya saat ini, banyak diperkuat pemain-pemain muda berpotensi yang sering bermain dengan pasukan kebangsaan.

“Saya berharap gabungan pemain senior dan junior dapat bermain kompak untuk menampilkan yang terbaik. Semua pemain komited untuk fokus pada permainan dan akan mengeluarkan kemampuannnya yang terbaik, ” ujar Amri seperti dipetik tempo.com lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru