42,060 murid di Sarawak jalani UPSR hari ini

0
3

KUCHING: Seramai 42,060 calon daripada 1,284 pusat peperiksaan di seluruh negeri Sarawak akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
2016 yang bermula Khamis lalu.

peperiksaan_upsr600X335Pengarah Pendidikan Negeri, Rakayah Madon berkata, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina mula menduduki peperiksaan sejak 1 September lalu manakala sekolah kebangsaan bermula pada hari ini hingga 8 September depan.

“Daripada jumlah itu seramai 31,687 calon atau 75.34 peratus akan menduduki UPSR Aliran Bahasa Melayu sementara 10,373 calon atau 24.6 peratus akan menduduki UPSR Aliran Bahasa Cina,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Rakayah berkata, seramai 277 penyelia kawasan dan seramai 5,547 orang
pengawas akan terlibat dalam pengendalian ujian ini.

“Semua calon diingatkan supaya menyemak jadual waktu ujian dan membawa kad pengenalan
/ surat beranak atau borang pengenalan diri dan kenyataan kemasukan ke pusat
peperiksaan pada setiap hari peperiksaan.

Jika tetdapat sebarang kemusykilan berhubung peperiksaan ini, murid atau ibu bapa mereka boleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di talian 082-473538 / 082-473520 atau Unit-Unit Penilaian dan Peperiksaan di Pejabat Pendidikan Daerah. – Sarawakvoice