MUKAH: Seorang maut, manakala dua yang lain selamat apabila bot yang dinaiki mereka bertembung berhampiran Kampung Kebuwau, Batang Igan, dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang semalam.

“Bagaiamanapun pihak kami hanya dimaklumkan tentang tragedi ini sekitar jam 10.34 malam tadi.

“Pada pagi tadi kita menggerakkan sepasukan lima anggota penyelamat dan sebuah bot sekitar jam 8.45 pagi untuk operasi mencari dan menyelamat, sambil dibantu sebuah bot Angkatan Pertahanan Awam, dan sekitar 100 penduduk kampung dan lebih 40,” katanya ketika dihubungi sarawakvoice.com.

Mangsa katanya, bagaimanapun berjaya ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 500 meter dari lokasi pos kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat, di tebing Kampung Kebuwau ,sekitar jam 10.55 pagi tadi.

“Mangsa kemudian dibawa ke pangkalan feri, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Daro bagi tujuan bedah siasat.

Mangsa kata Farhan, kemudian dikenali sebagai Sulai Api, 55 tahun yang mengendalikan bot itu berseorangan manakala sebuah bot lagi dinaiki Borhan Bisei, 27 tahun dan Roslan bin Macan, 30-an. – Sarawakvoice.com