Friday, August 19, 2022

Pemimpin PAS akui tiada parti yang sempurna

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mengakui hakikat, tiada jamaah atau parti yang sempurna.

Idris Ahmad pas_0000Begitu juga, ujarnya tidak ada pemimpin yang memimpin parti yang sempurna.

“Jika masuk PAS kerana manusia, keluar PAS kerana manusia. Sayang PAS  kerana manusia, benci PAS kerana manusia.

“Orang seperti ini tidak boleh duduk di dalam mana-mana parti atau jamaah,” catat Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman Facebooknya.

“Akhirnya orang boleh buat rumusan bahawa dia yang ada masalah, bukannya parti yang dia sertai,” kata beliau.

Kenyataan Idris itu tidak merujuk nama mana-mana pihak, tetapi mungkin merujuk kepada tindakan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa yang membuat komen yang tidak disenangi kepemimpinan parti Islam itu sehingga akhirnya dipecat pada 23 April lalu.

Husam akhirnya mengambil tindakan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurut Idris lagi, hanya masa yang akan menjawab.

“Jika kita panjang umur, kita akan mendapat jawapan yang sebenar,” jelasnya.

Sementara itu, Khamis lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS langsung tidak terkesan dengan penyertaan Husam ke dalam Amanah.

Hadi berkata, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.

“PAS Kelantan tidak akan tergugat. Insya-Allah makin teguh,” katanya seperti dilapor media. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru