KUCHING: Kecoh. Itu yang berlaku di Pangkalan Nibong, Kampung Sungei Bedil pagi tadi gara-gara seorang lelaki kurang siuman mengamuk sebelum melarikan sebuah bot pancing milik penduduk kampung.

Tindakan lelaki yang dikenali sebagai Ishak itu menyebabkan orang ramai memenuhi kawasan tebing manakala pasukan penguatkuasa termasuk polis terpaksa menurunkan sebuah bot untuk mengejarnya.

Difahamkan lelaki terbabit telah tiga hari berada di jalanan sebelum melakukan tindakan berbahaya tersebut.

Bagaimanapun pihak polis akhirnya berjaya memujuk lelaki terbabit yang akhirnya berjaya dibawa ke tebing, sebelum dibawa ke Hospital Umum menggunakan ambulans Pertahanan Awam. – Sarawakvoice.com