Monday, November 28, 2022

Pelajar kolej melacur diri, kenakan bayaran RM165 hingga RM300

Secara Rawak

MELAKA:  Pelajar kolej, semuda 19 tahun  di sini dikatakan menyediakan khidmat seks dengan mengenakan bayaran antara RM165 dan RM300.

Muncikari ialah dua orang adik-beradik.

Namun, aktiviti pelacuran yang dijalankan oleh pelajar terbabit tersekat apabila polis melakukan pengintipan bagi melumpuhkan perniagaan haram berkenaan.

Difahamkan daripada sumber, seperti dilapor The Star, detektif bertindak sebagai “pelanggan” dengan mengadakan perbualan melalui aplikasi WeChat dengan muncikari.

Mereka mendapati bahawa pelajar kolej berasal dari Thailand dan Vietnam dan pelajar tempatan telah menawarkan khidmat seks untuk beberapa waktu melalui tempahan dalam talian.

Setiap sesi goyang-goyangan yang dikenakan pelajar tempatan ialah RM250 hingga RM300, sementara pelajar asing mengenakan bayaran RM165 dan RM200, lapor akhbar itu lagi.

Mereka mengadakan kegiatan itu di hotel murah di sini.

Ketua Polis Melaka Deputy Comm Datuk Ramli Din  menyatakan bahawa polis telah berjaya menyelamatkan pelajar kolej berusia 19 hingga 21 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini pada 26 Ogos.

Beliau berkata, dua adik-beradik berusia 24 dan 26 tahun telah ditahan dan kini direman.

“Kami telah memperoleh semua bukti, termasuk kondom di sebuah hotel yang digunakan sebagai pangkalan oleh muncikari terbabit.

Berdasarkan siasatan awal, aktiviti pelacuran berkenaan telah aktif selama sebulan,” katanya semalam.

DCP Ramli juga berkata, susulan tindak ikut oleh polis pada 1 pagi Selasa, polis menahan dua lelaki berusia 37 tahun dan 40 tahun kerana ‘menjual’ tiga wanita asing berusia antara 25 tahun hingga 29 tahun. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru