Thursday, May 19, 2022

Atlet Sarawak terima RM659 ribu, habuan menang pingat dalam SUKMA XVIII

Secara Rawak

KUCHING: Dengan enam pingat emas, atlet tenpin boling Sarawak, Nerosha Keligit mengetuai skuad tenpin boling SUKMA Sarawak menerima insentif daripada kerajaan negeri Sarawak malam tadi.

Turut cemerlang ialah Ervin Lim Wai Mun yang mengutip 4 pingat emas 1 pingat perak dan Jocelyna Judith dengan 3 emas hingga membolehkan pasukan negeri boling menyumbang 11 pingat emas, 4 perak dan 1 pingat gangsa.

Ini membolehkan skuad ini membawa pulang insentif wang tunai sebanyak RM163,750 yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem di Hotel Riverside pada malam tadi.

Kontijen renang membawa pulang habuan RM64,500 setelah memenangi 6 emas, 3 perak dan 4 gangsa manakala kontinjen pencak silat yang memenangi 6 emas, 4 perak dan 2 gangsa menerima RM52,000.

Pasukan taekwondo yang membawa pulang 8 emas 3 perak dan 3 gangsa membawa balik RM48,750.

Pada SUKMA XVIIII lalu, Sarawak memperoleh 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa menerusi 23 acara sukan yang disertai. Hanya sukan hoki dan bola sepak yang yang gagal menyumbang sebarang pingat.

Secara keseluruhan, sebanyak 479 atlet telah memenangi pelbagai pingat dalam temasya sembilan hari itu, dan melayakkan mereka menerima habuan berjumlah RM659,500. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru