Wednesday, December 7, 2022

Lanun Asia Tenggara pentingkan culik tebusan daripada rompakan muatan

Secara Rawak

MIRI: Berbanding merompak dan melarikan kapal yang terlalu besar saiznya, lanun-lanun di perairan Asia Tenggara lebih cederung menculik anak kapal untuk dijadikan tebusan.

14125032_1034937216622862_13557868829857019_oBerdasarkan maklumat Pusat Perjanjian Kerjasama Wilayah Memerangi Lanun dan Rompakan Ke Atas Kapal Asia (ReCAAP), keadaan ini lebih mudah memandangkan lanun-lanun ini akan dapat melarikan diri dengan lebih mudah, seterusnya dapat mengelakkan diri daripada bertembung dengan pihak berkuasa.

Lazimnya, kumpulan lanun ini akan bergerak dalam kumpulan kecil sekitar lima ke lapan orang dan menjadikan kapal-kapal yang bergerak perlahan sebagai sasaran mudah.

Malah dengan menggunakan senjata api dan alat komunikasi canggih, selain enjin bot berkuasa tinggi, ia memudahkan pergerakan mereka untuk mendekati kapal-kapal sasaran dengan mudah.

Berdasarkan enam serangan lanun yang dilaporkan di perairan Malaysia, khususnya dekat Sabah dan Filipina dalam tempoh lima bulan dari Mac hingga Julai tahun ini, semuanya mensasarkan anak kapal sebagai tebusan, dan mengabaikan muatannya.

ReCAAP mencatatkan kes penculikan berlaku kepada anak kapal Brahma 12 pada Mac 2016, Massive 6 dan Henry, (April 2016), Charles 00 (Jun 2016), kapal nelayan tanpa pendaftaran dan Serudong 3 (Julai 2016).

Semua serangan lanun itu dipercayai dilakukan kumpulan lanun yang juga militan di Filipina iaitu Abu Sayyaf.

Berdasarkan laporan siasatan agensi itu, kelajuan kapal yang menjadi sasaran adalah sekitar dua hingga tiga knot, dengan serangan dilakukan pada waktu siang antara jam 10 pagi hingga enam petang.

“Krew kapal tidak menyedari kehadiran lanun kerana tiada latihan berkaitan diberikan kepada anak kapal.

Jelas jurucakap itu lagi, agak sukar mengenali kelompok lanun ini kerana mereka menggunakan bot laju dan bot jungkong berwarna putih atau kelabu, yang mirip bot nelayan Filipina. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru