Sarawak bertanggungjawab kukuhkan Persekutuan Malaysia — Adenan

0
3

KUCHING: Sarawak menghargai sikap Putrajaya dan pengurusan Petronas yang memahami aspirasi negeri ini mendapatkan kembali autonominya serta mahu menikmati kekayaan sumber semula jadinya.

Berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Kompleks Sukan Sri Aman sempena 31 Ogos, semalam, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana mempunyai minda terbuka dengan permintaan Sarawak.

Adenan berkata, Sarawak mempunyai tanggungjawab mengukuhkan Persekutuan Malaysia.

“Kerajaan tidak berhasrat melemahkan Persekutuan Malaysia, kerana ia (Sarawak) hanya menuntut hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold “.

Menurut Adenan, kesediaan Najib berunding dengan Sarawak dalam usaha mengembalikan kuasa autonomi Sarawak yang terhakis selama ini, memberi suntikan semangat bagi Sarawak untuk terus memastikan negara Malaysia kekal utuh.

Adenan turut mengucapkan terima kasih kepada Petronas kerana menghormati aspirasi Sarawak yang mahu menikmati manfaat sumber minyak dan gasnya.

Petronas juga sedia berbincang mencapai kesefahaman selepas timbulnya beberapa isu.

“Selepas rundingan, Petronas bersetuju melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani sebagai ahli lembaga pengarahnya mewakili Sarawak,” kata Adenan.

Sarawak mengisi 75 peratus jawatan eksekutif, dan 60 peratus daripada jawatan pengurusan dan pengurusan pada 2020.

Petronas juga bersedia meningkatkan penyertaan Sarawak dalam latihan teknikal di seluruh negara selain menyediakan peluang pendidikan di Universiti Teknologi Petronas di Perak. – Sarawakvoice.com