Sunday, November 27, 2022

Polis tahan lima suspek serang dua lelaki di pub di Siburan, mangsa stabil

Secara Rawak

KUCHING: Polis berjaya menahan lima suspek terbabit kes menyerang dua lelaki dalam kejadian 4 pagi di luar Bintang Emas Pub di Siburan, Jalan Kuching-Serian.

Ketua Polis Daerah Padawan, Choo Yii Kon berkata polis berjaya mengesan semua suspek di rumah masing-masing dann menahan mereka pada petang Rabu.

Kesemua suspek berusia antara 15 dan 45 tahun dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Dalam pergaduhan yang dikatakan berpunca daripada mabuk atau salah faham, dua lelaki berusia 40 dan 52 tahun dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak setelah cedera parah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu dan objek  tajam.

Menurut sumber, mangsa tua yang menunggu di luar cuba masuk ke dalam pub untuk mengajak rakannya pulang.

Namun, laluannya disekat sekumpulan pelanggan mabuk sehingga dia diserang dengan objek tajam.

Rakannya cuba membantu, tetapi dia turut diserang dalam kejadian itu.

Mangsa muda dimasukan ke zon kecemasan bagi mendapatkan rawatan serangan pada perutnya yang menampakkan sebahagian ususnya.

Bagaimanpun, polis mengesahkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Krian, Padawan itu, kini dilaporkan stabil. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru