Tuesday, June 28, 2022

Perdasama martabatkan agenda perniagaan Melayu, capai sasaran DEB kuasai 30 peratus ekonomi

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Cawangan Sarawak diperingat agar sentiasa meningkatkan semangat keusahawanan sesama mereka sesuai dengan matlamat pertubuhan itu.

PerdasamaPerdasama ditubuhkan bagi menghimpun peniaga dan usahawan Melayu di bawah satu payung sebagai memartabatkan agenda ekonomi orang Melayu.

Yang DiPertua Perdasama Sarawak, Dr. Abdul Kudus Ramlee berkata, persatuan memastikan agenda pembangunan ekonomi Melayu dapat dilaksana dengan jayanya.

Bercakap pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Perdasama Cawangan Sarawak di Kuching Abdul Kudus berkata, “kita perlu mewujudkan dana kewangan untuk pedagang dan pengusaha Melayu bersaing di dalam dan luar negara supaya mencapai sasaran ekuiti Bumiputera 30 peratus seperti ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baharu dan Dasar Pembangunan Nasional.”

Manakala, Presiden Perdasama Malaysia Dato’ Moehamad Izat Emir dalam ucapannya berkata, ahli perlu merebut peluang dan berusaha menaik taraf sosioekonomi Melayu dan Bumiputera.

Peranan Perdasama merangka dan menyediakan akses kepada ahli untuk mengembang perniagaan masing-masing kata Izat.

Perdasama ditubuh 18 tahun lalu mengandungi 14 cawangan seluruh negara dan mempunyai 25,000 ahli. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru