Tuesday, June 28, 2022

Harga RON95 (RM1.70) dan RON97 (RM2.05) turun lima sen seliter, harga diesel tidak berubah RM1.70 seliter

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan semalam mengumumkan harga terbaru untuk petrol RON95 dan RON97 pada September, masing-masing turun lima sen seliter berkuta kuasa tengah malam semalam.

Dengan penurunan mengikut sistem apungan terkawal menjadikan harga petrol RON95 ialah RM1.70 seliter.

Manakala, untuk RON97 harga seliter ialah RM2.05.

Kedua-dua harga ini kembali kepada harga sebelum Ogos dan Julai (RON95: RM1.75 seliter dan RON97: RM2.10 seliter, iaitu menyamai harga yang tercatat pada April, Mei dan Jun.

Harga diesel bagaimanapun kekal tidak berubah pada RM1.70 seliter.

Harga diesel naik sebanyak 10 sen seliter pada bulan lepas berbanding Julai RM1.60 seliter dan pada April, Mei dan Jun RM1.55 sen seliter.

Harga paling rendah diesel dijual pada tahun ini ialah RM1.35 sen pada Februari dan Mac lepas.

Bagaimanapun, berbanding tahun lepas, harga petrol tercatat tinggi pada Julai 2015 dengan RON95 dijual RM2.15 seliter, manakala RON97 dijual RM2.55 seliter.

Harga petrol hari ini jauh lebih murah sekitar 50 sen seliter berbanding harga tertinggi pada 2015. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru