Friday, September 30, 2022

Dua beranak maut jatuh tingkat 32 kondominium

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Beberapa minit selepas isteri memberitahu suaminya, dia mahu membuang sampah sambil membawa anak lelakinya, si suami terdengar bunyi yang kuat jatuh di bawah kediamannya.

Si suami menjenguk ke bawah dari unit rumahnya di tingkat sembilan dan terkejut mendapati isteri, 23 dan anaknya berusia tiga tahun terdampar kaku di koridor tingkat satu.

Screen Shot 2016-09-01 at 8.05.26 AM

Sebelum itu, keluarga ejen hartanah berusia 28 tahun mendiami kondominium Kiara Residence, Bukit Jalil mengemas barangan mereka kerana hendak pulang ke Karak, Pahang sekitar 2 petang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mengalami masalah kemurungan.

Menurut Bernama, suami pernah membawa isterinya mendapat rawatan psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Mei atau Jun lepas.

Sumber lain melaporkan, mangsa cuba membunuh diri pada paginya dengan mengelar lengannya menggunakan pisau tetapi dihalang suami.

Sebelum itu, isterinya juga dikatakan selalu berfikiran negatif dan sedih serta kerap memberitahu keinginannya membunuh diri.

Kok Sin berkata, pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemui telefon bimbit milik wanita tersebut di tingkat 32 ruang santai penghuni, yang dipercayai lokasi wanita tersebut mula jatuh.

Kawasan tersebut dilengkapi cermin setinggi empat meter.

Kedua-dua mangsa maut akibat cedera parah di kepala, badan dan kaki

Mayat dua beranak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di untuk bedah siasat. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru