Tuesday, September 27, 2022

Rakaman video pastikan soal siasat SPRM telus, bebas salah laku – Wilson Baya

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkompromi dalam hal yang berkaitan integriti, akauntabiliti dan profesionalisme, apabila membabitkan proses siasatannya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Aduannya, Tan Sri Wilson Baya Dandot, untuk memasti proses dan prosedur siasatan sentiasa dipatuhi, pihaknya kini mewajibkan penggunaan rakaman video dalam setiap kes yang ditangani.

ssxdd

“Kita mula melaksanakan kaedah ini sejak Oktober 2012 sebagai meningkatkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap SPRM dan ketelusannya.

“Tindakan ini juga diambil susulan beberapa insiden membabitkan SPRM sebelum ini, termasuk yang berkaitan dengan kematian suspek,” tegasnya sewaktu merasmikan Majlis Penutupan Program Pemantapan Integriti SPRM di Dewan Seminar Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sarawak, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah.

Sejak prosedur itu diperkenalkan di seluruh bilik siasatan SPRM di seluruh negara katanya, jawatankuasa yang diketuainya tidak lagi menerima aduan sama ada daripada suspek atau saksi berhubung salah laku pegawai penyiasat SPRM ketika proses soal siasat berlangsung.

“Kaedah itu terbukti berkesan dan membantu meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan warga kerja SPRM dan kebolehpercayaan umum terhadap kemampuan institusi ini memerangi jenayah rasuah,” katanya.

Jelas Wilson lagi, pihaknya terbuka kepada segala bentuk aduan umum untuk membuktikan ketelusan SPRM sebagai institusi bebas.

“Oleh itu setiap aduan akan ditangani pada kadar segera oleh pihak pengurusan SPRM.

“Saya tidak nafikan ada aduan yang diterima membabitkan pegawai SPRM, tetapi jumlahnya adalah terlalu kecil,” katanya.

Sementara itu, Jamidan berkata pihaknya kini sedang dalam proses meningkatkan kecekapan proses siasatan, termasuk meningkatkan jumlah pegawai penyiasat sedia ada.

“Ketika ini kita mempunyai 2,700 pegawai di seluruh negara dan sedang dalam proses mengenal pasti 70 calon pegawai penyiasat dan 103 calon baharu untuk jawatan penolong pegawai siasatan,” tambahnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru