Promosi selam skuba, memancing tarik 4.5 juta pelancong masuki Sarawak

0
6

KUCHING: Lembaga Pengalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Sarawak menyasarkan 4.5 juta pelancong melawat negeri ini pada tahun 2016 berbanding 2.5 juta tahun lepas.

Manakala, dari segi aktiviti, Sarawak yang kaya dengan produk pelancongan eko dan pengembaraan, Tourism Malaysia memfokuskan kepada aktiviti selam skuba dan memancing ikan bagi dipromosikan sebagai tarikan pelancong.

Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Hairi Mohd Yakzan berkata pihaknya melihat potensi besar negeri ini menarik pelancong yang menggemari aktiviti selam skuba serta memancing ikan di perairan Kuching, Miri serta empangan Bakun dan Batang Ai.

Perairan di Kuching kaya aktiviti selam skuba di kawasan bangkai kapal.

Manakala, di Miri banyak kawasan selaman untuk bagi melihat pelbagai spesis ikan.

Bercakap pada sidang media bersama Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Bangunan Sultan Iskandar di Kuching, Hairi berkata bagi aktiviti memancing ikan pula, perairan laut dalam di negeri ini seperti sekitar gurusan terumbu karang dan beting tinggi Lucornia di Miri mampu menarik perhatian pelancong.

Bagi pelancong yang gemar memancing ikan air tawar, mereka boleh memilih lokasi sekitar empangan hidro elektrik Bakun dan Batang Ai.

Tourism Malaysia, Sarawak sedia bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) mempromosikan Sarawak di peringkat domestik atau antarabangsa. – Sarawakvoice.com