Monday, August 15, 2022

Persidangan Pendidikan Antarabangsa 2016 di Miri

Secara Rawak

KUCHING: Persatuan Pembangunan Profesionalisme Dalam Pendidikan Sarawak (Profes) sedia menganjurkan Persidangan Pendidikan Antarabangsa 2016 (ICE2016) kali ketiga 18 hingga 19 Oktober depan.

Persidangan diadakan di Hotel Meroitz itu dihadiri 200 pendidik dari dalam dan luar negara.

Penaung Persatuan Pembangunan Profesionalisme Dalam Pendidikan Sarawak (Profes)

Datuk Fatimah Abdullah berkata, “Persidangan mengenal pasti aktiviti untuk membangunkan bidang pendidikan terutama di luar bandar dan pedalaman.”

Persidangan anjuran Profes ini menyediakan landasan perkongsian pintar bersama sektor korporat dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di Sarawak.

Perkongsian pintar wajar diadakan bagi memberi pendedahakan kepada pendidik agar lebih bersedia menghadapi dunia yang semakin canggih.

“Golongan pendidik masa kini perlu menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi agar mampu melahirkan pelajar berkualiti,” ujar Fatimah pada sidang media di Baitul Makmur, Petra Jaya pada Selasa.

Sebelum itu, Fatimah menerima kunjungan hormat jawatankuasa Profes terdiri daripada Dr Zulwali Kifli Merawi, Jamiran Salam, Awang Hambali Awang Hamdan, Christopher Tan dan Abg Mohd David di pejabatnya di Baitul Makmur.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Komuniti menyeru golongan pendidik di Sarawak menyertai persidangan itu.

Persidangan bertemakan “Memperluas Pendidikan Berkualti: Pemikiran Berintegrasi Dalam Kelas” menampilkan tiga pakar pendidikan iaitu Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, Professor Madya Dr Lee Kean Wah dan Profesor Madya Dr Tan Choon Keong. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru