Monday, August 15, 2022

Naga mati ditembak di Filipina

Secara Rawak

MANILA: Seorang lelaki yang dikenali sebagai “Dragon” atau “Naga” dan isterinya maut selepas ditembak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali Isnin lalu.

Lelaki yang juga Raja Dadah Filipina yang dikenali sebagai Melvin Odicta itu ditembak sebaik turun dari sebuah feri di Pelabuhan Aklan, tengah Filipina.

Ironinya, pembunuhan ini berlaku ketika kerajaan pimpinan Presiden Rodrigo Duterte sedang bertegas untuk memerangi dan membunuh penjenayah dadah di negara itu.

Agensi berita AFP yang memetik Ketua Polis Wilayah, Jose Gentiles berkata, pihaknya percaya serangan itu mempunyai kaitan dengan perniagaan dadah.

Menurut peguam Odicta, lelaki itu pernah menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatannya sebaik sahaja Ketua Polis, Ronald dela Rosa mengelarnya sebagai “Raja Dadah” di wilayah tengah Iloilo, minggu lalu.

Melvin juga dikatakan telah menyerahkan senarai nama anggota kerajaan yang dikatakan terbabit dalam perniagaan dadah di negara itu, yang mungkin menyebabkan dia menjadi sasaran. – Agensi

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru