Tuesday, September 27, 2022

Majlis makan malam meriahkan sambutan Ambang Merdeka Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Kem Muara Tuang

Secara Rawak

MUARA TUANG: Satu majlis makan malam telah dilangsungkan di Wisma Perwira Markas Pemerintahan Medan Timur, Tentera Darat di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan malam tadi bagi menyambut ambang merdeka.

Dihadiri lebih 200 pegawai tentera dari sekitar Kuching, majlis tersebut majlis tersebut turut diraikan Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Dalam ucapannya, beliau menekankan tentang pentingnya seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga pertahanan negara sama-sama menginsafi dan menghayati kemerdekaan negara.

Datuk Zaki turut menasihatikan pegawai-pegawai mudanya menghargai peranan pemimpin-pemimpin yang telah berjasa dalam membentuk keamanan dan kesejahteraan negara ini.

“Pada masa yang sama, kekalkan keharmonian dan kerjasama tanpa mengenal batas kaum dan agama, yang membolehkan kita menikmati kemerdekaan pada 59 tahun yang lepas.

Majlis diserikan dengan persembahan pentas oleh Kombo Rejimen Renjer DiRaja selain aktiviti hiburan lain. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru