Monday, August 8, 2022

Dua parah diserang enam lelaki di Siburan, salah seorangnya terkeluar usus perut

Secara Rawak

KUCHING: Mungkin berpunca daripada salah faham atau mabuk, dua lelaki cedera parah diserang sekumpulan enam lelaki lain.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak akibat cedera parah.

Menurut sumber polis, dalam kejadian 4 pagi di luar Bintang Emas Pub di Siburan, Jalan Kuching-Serian itu, salah seorang mangsa terkeluar usus perut akibat dicucuk objek tajam.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Padawan, Choo Yii Kon berkata polis sedang mengesan individu terbabit dalam serangan tersebut. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru