Monday, August 15, 2022

Ahli Parlimen Baram Anyie Ngau: Bertanggungjawab jaga keamanan agar tidak terjajah dan diancam lagi

Secara Rawak

MARUDI: Penjawat awam mempunyai peranan penting memasyarakatkan dasar kerajaan serta memantapkan tugas harian seperti melayan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan mereka.

Berucap merasmikan majlis sambutan Pra-Hari Kebangsaan 2016 serta program Pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat dan Program Semarak Kemerdekaan 2016 di pekarangan bangunan Wisma Persekutuan Marudi, Ahli Parlimen Baram Anyie Ngau berkata, penting kakitangan kerajaan memastikan urusan rakyat diselesaikan seperti permohonan kad pengenalan, melulus sijil beranak dan sebagainya

Anyie menambah, “Sempena menyambut Hari Kemerdekaan, kita harus meneruskan perjuangan pemimpin yang terdahulu supaya kita terus menikmati kemerdekaan dan keamanan,” katanya.

Katanya kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin terdahulu.

Justeru, penubuhan Malaysia memastikan supaya generasi kita menikmati hasil kemerdekaan.

“Saya yakin rakyat sentiasa bekerjasama dan bertanggungjawab menjaga keamanan bagi memastikan kita tidak lagi dijajah dan diancam komunis,” kata Anyie. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru