Monday, August 15, 2022

Sistem solar RM2 juta mesra alam untuk tapak pulihara penyu di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB)bekerjasama dengan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menyediakan sistem solar alternatif kepada tiga kawasan pemuliharaan penyu yang jauh terletak di luar bekalan elektrik Grid Negeri.

Screen Shot 2016-08-30 at 8.21.51 AM

“Kami bekerjasama dalam inisiatif pemuliharaan penyu menyediakan tenaga semula jadi untuk keperluan Pulau Talang-Talang Kechil, Pulau Talang-Talang Besar dan Taman Negara Tanjung Datu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SEB Datuk Torstein Dale Sjotveit.

Pada majlis penyerahan sijil penerimaan penyu dari SFC untuk SEB di Menara Sarawak Energy pada Isnin, Torstein berkata melalui program tanggungjawab sosial SEB  menyediakan bekalan sumber tenaga solar kepada ketiga-tiga tapak pemuliharaan alam semula jadi tersebut.

Ketiga-tiga tapak pemuliharaan penyu yang terkenal di peringkat antarabangsa ini masih menggunakan penjana diesel dengan jam operasi yang terhad, selain melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.

SEB melalui projek yang dijangka siap September depan itu menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang mampu menyokong penetasan penyu kerana sistem solar bersifat mesra alam berbanding pencemaran karbon daripada penjana diesel.

Kesenyapan sistem solar RM2 juta itu berbanding bunyi kuat penjana diesel membantu mengurangkan gangguan aktiviti penyu di kawasan tersebut. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru