Friday, October 7, 2022

Jenayah terancang di Sarawak terkawal – Huzir

Secara Rawak

KUCHING: Meski berlaku beberapa kejadian tembakan di negeri ini sepanjang tahun ini, ia bukan bermakna aktiviti jenaayah terancang di negeri ini pada tahap “merah”, kata Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman (Jenayah Terancang), Datuk Huzir Mohamed.

Menurutnya, secara amnya, aktiviti jenayah terancang di negeri ini masih dalam kawalan dan pihaknya sedang melakukan bekerja keras memantau isu ini.

dev jenayah terancang_0002

“Jenayah terancang terutamanya yang melibatkan senjata api tidak menggusarkan. Kes-kes tembakan yang berlaku itu kebanyakannya melibatkan senjata api yang diseludup dan yang tidak didaftarkan,” katanya lagi.

Beliau ditemui selepas menutup rasmi Kursus Tempur Jarak Dekat dan Kemahiran Menembak siri 1, 2016 di Briged PGA, Kem Batu Kawa dekat sini semalam.

Huzir berkata, semua kes yang melibatkan tembakan telah berjaya diselesaikan dan kerajaan negeri kini sedang mengambil langkah proaktif dengan mengetatkan kawalan pintu sempadan untuk memastikan senjata api haram tidak mudah diseludup masuk.

Antara kes yang melibatkan penggunaan senjata api termasuklah pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Miri, Bill Kayomg atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah pada 21 Jun yang lalu, dan pembunuhan seorang pemborong lada hitam di Kampung Jugan, Bau pada hari yang sama.

dev jenayah terancang_0001

Malah dalam pemeriksaan lanjut berhubung kes Kayong, seorang daripada rakan subahat kes tersebut didapati memiliki jumlah senjata berlesen yang agak banyak.

Kursus Tempur Jarak Dekat dan Kemahiran Menembak tersebut berlangsung selama dua minggu untuk meningkatkan kemahiran pegawai polis dalam mengendalikan senjata, bertempur jarak dekat serta meningkatkan kecekapan menembak.

Seramai 41 pegawai yang melibatkan anggota siasatan jenayah dan pasukan gerakan am terlibat dalam kursus tersebut. – Sarawakvoice.com

dev jenayah terancang_0000

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru