Monday, August 8, 2022

Uggah: Sokong KM Adenan yang mahu rakyat Sarawak lantang senang

Secara Rawak

BETONG: Seluruh rakyat Sarawak harus terus menyokong sepenuhnya perjuangan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang mahu menjadikan Bumi Kenyalang negeri maju, aman dan bersatu padu.

Douglas Uggah Embas_0000Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sehingga kini banyak program dan tindakan yang diambil oleh Adenan bertujuan mengharapkan rakyat lebih lantang senang.

“Mari kita mengambil bahagian dalam apa-apa jua program pembangunan kerajaan di samping mengeratkan perpaduan antara kaum, agama serta mengelak perpecahan,” ujar Uggah semasa merasmikan Showcase Keusahawanan, Karnival Kepenggunaan dan Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) Edisi Ketiga Betong 2016 pada Sabtu malam.

Uggah menambah, “sekiranya kita dapat mengikut jejak pemimpin terdahulu, saya yakin kita akan terus maju.”

Tambah beliau, rakyat perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan yang berjaya mewujudkan perpaduan kuat selama ini dalam melahirkan rakyat yang sentiasa saling bekerjasama.

Sesungguhnya, kemajuan dan suasana aman yang dikecapi hari ini merupakan hasil perjuangan pemimpin terdahulu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru